About Me

My photo
Johor, not sure, Malaysia
aku cuma insan yang mcari sesuatu dlm kehidupan,,hmmm..aku pon xtw ape yg aku minat sbnrnye,,hehe,,sbbb sume yg aku minat lebih kpada seni,,dan lau keja pon,,,hmm,,,xtetap

Aku Asikin

Thursday, December 9, 2010

nota sains tingkatan 4 (bab 4)

KETURUNAN DAN VARIASI


1. MEMAHAMI PROSES PEMBAHAGIAN SEL

Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen. Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada rambut kita kerinting atau tidak.

Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.

Gen terletak dalam Kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.

Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh membahagi. Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk (46 kromosom).

Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.

MITOSISMEIOSIS
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi
a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi



2. PERWARISAN SIFAT

Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaannya organisma mempunyai sepasang kromosom yang membawa sepasang gen. Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. Terdapat dua jenis gen iaitu gen dominan dan gen resesif. Gen dominan ialah gen yang kuat dan mampu menonjolkan cirinya pada organisma. Gen resesif adalah gen yang lemah. Ia tidak boleh menonjolkan cirinya jika berjumpa dengan gen dominan. Gen resesif hanya boleh menonjolkan cirinya jika ia berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama.

Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Mengikut kajian saintis genetik beberapa contoh sifat dominan manusia ialah seperti sifat rambut kerinting dan kebolehan menggulung lidah. [the ability to roll his tongue].

Sifat resesif pula adalah seperti sifat rambut lurus dan tidak boleh menggulung lidah. Bagaimanakah sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibu bapa ke anak?.

Sel MANUSIA mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan). Sperma dan ovum yang terhasil dari meiosis hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma membawa gen yang mengawal sifat rambut kerinting (dominan) mensenyawakan ovum yang membawa sifat rambut lurus, maka anak yang terhasil akan berambut kerinting.

Struktur kromosom dalam gamet :-

SPERMAOVUM
22+X atau 22+Y22+X sahaja


Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai "Kromosom Seks". Kromosom ini menentukan jantina seseorang.

3. KEJADIAN KEMBAR

Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan oleh 'seekor' sperma. Zigot akan terhasil. Zigot pula membesar sebagai fetus didalam uterus ibu. Puiii...banyaknya laras sains ni !!!!. Kebiasaanya hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah kerana kebiasaannya wanita menghasilkan sebiji ovum setiap bulan.Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk. Kejadian yang menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya terdapat 2 jenis kembar. Oopp...ada 3 sebenarnya. Kembar itu ialah 1 kembar seiras (identical twins) dan kembar tak seiras (non-identical).
Mari lihat perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual dibawah akan menerangkannya dengan jelas kepada anda.


SEIRASTAK SEIRAS
*satu ovum disenyawakan oleh 1 sperma, zigot yang membahagi 2. (fantastik betul...)
*mempunyai kandungan genetik sama.
*ciri fizikal sama.
*berkongsi plasenta.
*jantina MESTI sama.
*2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
*mempunyai kandungan genetik berbeza.
*ciri fizikal (paras rupa) berbeza.
*plasenta berasingan.
*jantina mungkin sama atau berbeza.
Kembar yang satu lagi ialah 3kembar siam (Siamese Twins). Kembar siam berpunca dari kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua kadangkala tidak berpecah sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi. Kesian ya kembar ni...


4. MUTASI

Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana terdapat kecacatan pada sel. Kejadian ini digelar sebagai mutasi (Mutation). Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan organisma.Mari kita mengkaji mutasi secara mendalam.
Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah secara spontan. Para saintis genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.
Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah. Perubahan ini akan menyebabkan ciri organisma berubah.
Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom berubah. Kita telah mengetahui bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. Gamet (sperma atau ovum) pula mempunyai 23 kromosom. Jika mutasi kromosom berlaku, sperma atau ovum mungkin membawa 22 atau 24 kromosom. Anak yang terhasil dari persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri yang amat berbeza dari ibu bapa.
Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi tersebut.

MUTASI GENMUTASI KROMOSOM
* Bahan kimia dalam gen berubah.
* Cth penyakit :
* Albino (Kulit putih) , Anemia sel sabit (kelihatan pucat), Hemofilia (darah tidak dapat membeku) , Buta warna. 
* Bilangan atau susunan kromosom telah berubah.
* Cth penyakit :
* Sindrom Down (mongolisme) , Sindrom Klinefelter (testis kecil). 



Setakat ini para saintis sungguh berminat untuk mengkaji tentang faktor yang menyebabkan mutasi. Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah pengaruh bahan kimia beracun dan sinaran radioaktif. Pada masa yang sama saintis juga menggunakan pengetahuan ini untuk menghasilkan baka organisma baru menggunakan proses "mutasi buatan". Contohnya saintis bidang pertanian telah berjaya menghasilkan jagung yang tahan penyakit. Ini dinamakan "pembiakbakaan". Pembiakbakaan adalah merupakan satu bidang didalam penyelidikan genetik. Negara kita bergiat cergas dalam aktiviti penyelidikan genetik.

5. KEPENTINGAN PENYELIDIKAN GENETIK KEPADA SEMUA

Terdapat 3 faedah penyelidikan genetik.
Pengklonan ialah teknik menghasilkan organisma yang serupa dengan induk. Pengetahuan mengenai pengklonan penting. Kita boleh menghasilkan haiwan ternakan yang mempunyai kualiti yang sama. Kita telah mengetahui tentang akibat buruk mutasi. Dengan adanya penyelidikan genetik, kita boleh mengetahui pelbagai sebab penyakit baka dan seterusnya boleh mengatasinya.
Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ubat dihasilkan dari kulat dan bakteria?. Kulat dan bakteria ini telah diubah kandungan gennya supaya bolehmenghasilkan ubat (antibiotik). Dalam bidang pertanian, pembiakbakaan bertujuan menghasilkan baka (tumbuhan atau haiwan) yang baik. Ciri baka yang baik ialah :-
  • tahan penyakit
  • boleh menyesuaikan diri kepada persekitaran
  • mengeluarkan hasil banyak
  • hasil yang lebih enak
  • masa matang yang pendek

6. HIDUP DALAM DUNIA YANG PELBAGAI

Kita hidup dalam persekitaran yang sangat menyeronokkan. Ini adalah kerana kita mempunyai pelbagai kehidupan. Kehidupan yang sama pun mempunyai kepelbagaian. Contohnya manusia mempunyai ciri yang berbeza. Keadaan ini dinamakan variasi (Variation).Sekali lagi....variasi ialah kepelbagaian benda hidupLihat variasi pada bunga raya.
Terdapat 2 jenis variasi iaitu variasi selanjar dan tak selanjar. Variasi selanjar ialah variasi yang tidak menunjukkan perbezaan sifat yang ketara contohnya ketinggian dan berat badan. Variasi tak selanjar pula menunjukkan perbezaan yang sangat ketara contohnya kebolehan menggulung lidah dan rambut kerinting-lurus.
Sekali lagi kita gunakan jadual untuk menunjukkan perbezaan 2 jenis variasi itu :-

VARIASI SELANJARVARIASI TAK SELANJAR
  1. menunjukkan perbezaan yang TIDAK jelas.
  2. contoh : ketinggian, berat badan.
  3. jika ditunjukkan dengan graf bar, barnya TIDAK diasingkan.
  1. menunjukkan perbezaan yang jelas.
  2. contoh : kebolehan menggulung lidah, cap jari.
  3. bar DIASINGKAN


Selain daripada unsur genetik (diperturunkan dari induk), variasi juga disebabkan faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan dan kesuburan tanah. Jika 2 klon pokok rambutan ditanam dalam dua tanah yang berbeza, sudah pastilah pokok yang ditanam di tanah yang subur akan menghasilkan buah yang lebih besar.

Selain daripada menyeronokkan, variasi juga mempunyai kepentingan lain. Dengan adanya variasi, kita boleh mengenalpasti organisma. Variasi juga membolehkan manusia membentuk spesis yang baru hasil dari kacukkan. Konsep ini digunakan dengan meluas apabila pelbagai spesis orkid baru dihasilkan dari percantuman variasi orkid. Variasi juga menyebabkan sesetengah organisma menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Dengan ini kita harus bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan kita variasi organisma. Kita juga harus bersyukur kerana kita sihat dan bebas dari ancaman mutasi. Adanya kesedaran bahawa gen boleh diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya, kita sepatutnya menghormati ibu bapa kita.
Sekian selamat berjumpa kembali!!!

8 comments:

Unknown said...

terbaik

Wawa Wanie said...

thanks nota nie banyak membantu saya :)

Anonymous said...

Beres....

Anonymous said...

Sorry , tapi ni bab 3 kan ?

Anonymous said...

bab 3 wei ni.

Airis Hana said...

ni 5 sifat dominan dan resesif

Unknown said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabahrahkahtu.Bukan niat hendak memburukkan,tapi kenapa penulisan serabut(tidak betul).Saya maksudkan ni,yang penulisan pengenalan saudari.
#BahasaJiwaBangsa
#KeepCalmAndFixIt
#HarapMaaf

awien said...

gen dominan menghasilkan bulu hitam manakala gen resesif menghasilkan bulu putih . berapakan peratus kemungkinan mendapat anak arnab berbulu ptih