About Me

My photo
Johor, not sure, Malaysia
aku cuma insan yang mcari sesuatu dlm kehidupan,,hmmm..aku pon xtw ape yg aku minat sbnrnye,,hehe,,sbbb sume yg aku minat lebih kpada seni,,dan lau keja pon,,,hmm,,,xtetap

Aku Asikin

Thursday, December 9, 2010

nota sains tingkatan 4 (bab 2)

JIRIM DAN BAHAN

1. JIRIM SENTIASA BOLEH BERUBAH

Sama dengan 'mood' kita, jirim boleh berubah-ubah. Ini diterangkan melalui teori kinetik jirim. Teori Kinetik Jirim menyatakan bahawa jirim berada dalam keadaan Pepejal, Cecair dan Gas. Teori ini juga menyatakan bahawa jirim adalah terdiri dari atom yang berbentuk sfera (macam bola ping pong). Atom ini sentiasa bergetar atau bergerak dan boleh berlanggar antara satu sama lain.

Apakah sifat atom-atom yang berada dalam keadaan pepejal, cecair dan gas?

KEADAAN JIRIMSIFAT ATOMNYACONTOH
PEPEJALAtom tersusun rapat dan hanya bergetarAis
CECAIRAtom renggang sedikit dan boleh bergerak dengan mudah.Air
GASAtom berjauhan dan bergerak laju.Stim


Fenomena Gerakan Brown merupakan pergerakan rawak zarah pepejal atau cecair jika diperhatikan dalam mikroskop. Zarah ini berlanggar antara satu-sama lain. Apabila terkena dinding bekas ia boleh melantun.

Oleh kerana zarah sentiasa bergerak ia boleh meresap antara celah-celah zarah lain. Proses ini dinamakan Resapan. Zarah bergerak ke kawasan yang mempunyai sedikit zarah. Contohnya jika gula-gula dibiarkan dalam cecair, zarah gula itu akan meresap ke seluruh cecair.

Pergerakan zarah bergantung kepada suhu persekitarannya. Semakin tinggi suhu jirim, zarah didalamnya mempunyai tenaga kinetik tinggi. Ini menghasilkan pergerakan yang lebih cepat.

Bila jirim menerima haba, perubahan jirim ialah:
a. peleburan - P menjadi C
b. pendidihan - C menjadi G
c. pemejalwapan - P menjadi G


Bila jirim melepaskan haba, perubahan jirim ialah :
a. kondensasi - G menjadi C
b. pembekuan - C menjadi P
c. pemejalwapan - G menjadi P

2. APA ADA DALAM ATOM?

Ramai saintis telah mengkaji dengan mendalam tentang atom. Antara saintis yang terawal mengkajinya ialah John Dalton. Beliau telah mengemukakan satu teori bahawa atom ialah satu sfera keras. Setelah menjalankan penyiasatan, saintis-saintis lain telah mengubah teori ini sehinggalah pada masa sekarang, model atom moden telah diperkenalkan.



Baca Tentang Struktur Atom

Model atom moden menyatakan bahawa terdapat 3 jenis zarah subatom :


a. proton - terdapat dalam nukleus atom dan bercas +
b. neutron - terdapat dalam nukleus atom dan TIADA cas.
c. elektron - berputar-putar di sekeliling nukleus dan bercas -


Konsep nombor proton dan nombor nukleon juga telah diperkenalkan.

Nombor Proton = bilangan proton dalam unsur.



Nombor Nukleon = proton + neutron.


Jika suatu unsur mengandungi 3 proton, 3 elektron dan 4 neutron, nombor proton unsur itu ialah 3 dan nombor nukleonnya ialah 7. Unsur sama yang mempunyai nombor nukleon yang berbeza disebut sebagai isotop.


3. UNSUR-UNSUR DISUSUN DALAM JADUAL

Dalam dunia kita terdapat banyak unsur-unsur yang mempunyai sifat-sifat yang berbeza. Supaya tidak mengelirukan, para saintis telah bersetuju untuk menulis semua unsur-unsur ini dalam satu jadual secara sistematik. Jadual ini dinamakan "Jadual Berkala" [Periodic Table]. Jadual berkala amat penting kepada saintis kerana mereka boleh meramalkan sifat-sifat logam yang belum diketahui dengan hanya melihat kedudukannya dalam jadual tersebut.

Dalam jadual berkala :
a. unsur disusun menaik mengikut no. proton.
b. Kumpulan ialah turus menegak
c. Kala ialah baris melintang

Kumpulan I dan II terdiri dari logam reaktif. Kumpulan VII ialah gas-gas adi.

Nak lihat jadual berkala interaktif sila klik disini.


4. BAHAN Atom,Molekul,Ion

Unsur-unsur didunia pula tidak semestinya wujud secara tulen. Unsur-unsur ini mungkin bergabung antara satu sama lain membentuk "bahan".

Terdapat 3 jenis bahan :
BAHANKANDUNGANCONTOH BAHAN
ATOMTerdiri dari satu sejenis unsur sahaja.logam besi, logam kuprum
MOLEKULterdiri dari sejenis unsur yang bergabung atau gabungan unsur berlainan jenis.air, sulfur
IONterdiri dari gabungan unsur-unsur yang mempunyai cas + dan cas -.garam-garam


Ketiga-tiga bahan ini mempunyai sifat fizikal yang berbeza disebabkan tarikan antara zarah-zarah di dalamnya.

ATOMMOLEKULION
Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan logam"Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah. Daya ikatan ini disebut "ikatan kovalen"Daya tarikan antara zarah-zarah adalah sangat kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan ionik"
takat lebur tinggitakat lebur rendahtakat lebur tinggi
Selalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilikBoleh berada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas dalam suhu bilikSelalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
Boleh mengalirkan arus elektrikTidak boleh mengalir arus elektrikHanya mengalirkan arus dalam keadaan leburan sahaja

5. LOGAM DAN BUKAN LOGAM

Selain daripada mengelaskan bahan kepada bahan A,M,I, bahan juga boleh dikelaskan kepada bahan logam dan bukan logam.

Kedua-duanya mempunyai ciri yang berbeza.
LOGAMBUKAN LOGAM
BerkilatTidak berkilat
"Mulur" - boleh ditarik menjadi wayarTidak mulur
Boleh "ditempa" - diketuk untuk menukar bentukTidak boleh ditempa
Kekuatan regangan tinggi - tidak mudah putusKekuatan regangan rendah
Mudah mengalirkan haba dan elektrikTidak mudah mengalirkan haba dan penebat elektrik


Bahan logam dan bukan logam mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian.

LOGAMBUKAN LOGAM
Emas - digunakan sebagai barang kemas.
Besi - digunakan untuk membuat jambatan.
Zink - digunakan untuk membuat bekas sel kering (bateri).
Karbon - digunakan untuk membuat mata pensel.
Klorin - digunakan untuk membasmi kuman dalam kolam mandi.
Sulfur - digunakan untuk membuat ubat.

6. PENULENAN BAHAN

Tidak semua bahan yang wujud semulajadi adalah tulen. Sebelum kita menggunakan bahan-bahan itu, kita harus menjalankan proses penulenan.

Terdapat 2 cara penulenan bahan :
a. penyulingan - sesuai untuk mengasingkan C&C atau P&C
b. penghabluran - sesuai untuk mengasingkan hablur dari larutannya.

Bahan tulen banyak keistimewaan. Oleh sebab bahan tulen mempunyai takat lebur dan takat didih yang tetap, unsur-unsur tulen boleh dikenalpasti dengan senang. Contohnya air tulen mempunyai takat didih 100oC. Jika satu sampel air mempunyai takat didih 104oC maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa air itu tidak tulen.

Pengetahuan manusia tentang cara menulenkan bahan telah menghasilkan banyak kebaikan. Bagi sesetengah negara yang kekurangan air, mereka boleh menyulingkan air laut untuk mendapatkan sumber air minuman. Garam adalah sejenis bahan yang diperolehi dari penghabluran garam dari air laut. Ini jelas menunjukkan akal dan pengetahuan sains penting untuk kehidupan seharian.

4 comments:

Anonymous said...

Saya copy ye nota awak. TQ

Anonymous said...

awak cantik tapi kalau pakai kerudung lagi cantik.. anyway thank..

Anonymous said...

Elok font untuk nota berwarna hitam atau biru.. xde sakit mata tengok

Anonymous said...

utk teori dalton, terjemah utk 'solid sphere' ialah 'sfera padu' bkn 'sfera keras'